Monday, October 12, 2009

Taqwa, Cinta & Zuhudnya Para Sahabat

.Sesungguhnya, betapa mulia catatan sejarah hidupnya. Terpancarlah keutamaan di atas rumah Khalid Ibn Sa’id yang dijuluki sebagai Abu Ayyub itu. Unta Nabi SAW duduk berhenti di hadapan rumahnya. Hal ini membuat semua orang mengarahkan pandangan mata kepadanya. Bukan saja orang Ansar, tetapi seluruh penduduk Madinah. Kehormatan semacam itu amat diharapkan oleh setiap orang Ansar yang dilaluinya.

Mereka berdiri di depan rumahnya masing-masing selama beberapa saat, menunggu lalunya Rasulullah SAW. Mereka semua ingin mengajak baginda agar mahu berkunjung ke rumahnya. Namun setiap kali Nabi SAW lalu di hadapan rumah kaum Ansar, tuan rumahnya berdiri di hadapan unta Nabi sambil memegangi kekangnya seraya berkata kepada Nabi SAW: “Ya Rasulullah, singgahlah sejenak ke rumah kami. Sedemikian jauh Rasulullah menolaknya, baginda berkata sambil memberi isyarat kepada untanya: “Biarkan ia meneruskan perjalanannya. Sebenarnya ia telah diperintahkan demikian.”

Sampai Rasulullah tiba di salah satu rumah bapa saudara baginda (dari pihak ibu), ia menjawab dengan ungkapan seperti di atas saat mereka berusaha menghentikan kekang untanya. Setelah orang-orang melepaskan kendali unta agar boleh melanjutkan perjalanan sendiri, dan Rasulullah SAW juga begitu, unta tadi berjalan sambil melihat ke kanan dan ke kiri. Akhirnya sampailah ia ke rumah Malik Ibn Al-Najjar. Unta tadi berhenti sebentar lalu berdiri dan berjalan lagi beberapa langkah, lantas untuk yang kedua kalinya berhenti di depan rumah Abu Ayyub Al-Ansari, lekuk lehernya menempel di tanah dan mengeluarkan suara tanpa membuka mulutnya.

Nampak sikap kaum Ansar iri terhadap Abu Ayyub yang membawa tali kekang unta Rasulullah, masuk ke rumahnya yang tersusun dua tingkat. Abu Ayyub berserta keluarganya pindah ke lantai atas, sedang Rasulullah SAW di lantai bawah. Hal ini dilakukannya kerana khuatir menyusahkan Rasulullah SAW, sebab ia bemaksud menghindarkan beratnya naik-turun tangga.

Rasulullah SAW terus tinggal di rumah Abu Ayyub Al-Ansari selama 7 bulan. Selama itu Abu Ayyub membuatkan makanan Nabi dan menghantarkan kepadanya. Ia selalu menunggu selesainya Nabi makan, kemudian ia dan isterinya memakan sisa makanan baginda SAW kerana mengharapkan berkah darinya.

Suatu petang Abu Ayyub menghantar makanannya kepada Nabi. Makanan tersebut mengandungi bawang merah dan bawang putih. Ternyata Rasulullah tidak memakannya sedikit pun. Ketika Abu Ayyub melihat makanan tersebut tidak berkurang sedikit pun, ia segera turun menjumpai Rasulullah SAW seraya berkata: “Ya Rasulullah, demi ayah dan ibumu, aku tidak melihat bekas tanganmu dari makanan malam yang aku sediakan kepadamu.

Padahal jika engkau makan makanan itu, kami selalu makan makanan sisamu demi mengharapkan berkah darimu.” Jawab Nabi: “Aku jumpai dalam makanan itu sejenis tumbuh-tumbuhan (bawang merah dan bawang putih), padahal Jibril memberitahukan hal itu agar aku hindari. Adapun bagimu, maka boleh engkau memakannya.” Selanjutnya Abu Ayyub berkata: “Makanan itu lalu kami makan, kemudian kami tidak pernah membuatkan makanan kepada Nabi yang mengandung bawang merah dan bawang putih.”

Setelah agak lama Rasulullah SAW menggunakan waktunya untuk tinggal di rumah Abu Ayyub Al-Ansari, ia memutuskan untuk membangun masjid dan membangun beberapa rumah bagi para umahat al-muslimin di sekitarnya. Seluruh kaum muslimin ikut membantu bekerja membangun masjid tersebut. Setelah selesai, Rasulullah SAW pindah ke tempatnya yang baru di sekitar masjid.

Berbagai peristiwa berlalu begitu cepat, sedang kaum Quraisy berupaya terlibat dalam peperangan dengan kaum muslimin. Sekarang kaum muslimin makin siap berjuang menghadapi kaum musyrik dan kafir, sehingga kalimat Allah mencapai kedudukan yang tinggi dan kalimat orang-orang kafir menjadi rendah.

Peperangan terjadi silih berganti. Abu Ayyub ikut serta dalam pertempuran tersebut, tidak ketinggalan satu peperangan pun. Ia tidak pernah tinggal diam dalam berjuang fi sabilillah. Bahkan ia berjuang bersama Rasulullah SAW sebagaimana jihadnya orang yang mencari mati syahid. Ia tidak takut mati. Jihadnya penuh semangat untuk berjumpa kepada Allah.

Di samping Abu Ayyub merupakan pahlawan perang di masa Rasulullah SAW, ia juga seorang pejuang di masa Khulafaur Rasyidin. Ia ikut dalam perang melawan orang-orang murtad, membunuh para musuh Allah dan musuh agama Islam. Ia hidup membela kehormatan Islam. Dalam tiap peristiwa pertempuran ia selalu maju ke barisan depan.

Ketika muncul fitnah antara Saidina Ali ra. dan Muawiyah Ibn Abi Sufyan, Abu Ayyub tanpa ragu-ragu bergabung dalam barisan Ali. Sebab ia tahu bahawa Ali ada di pihak yang benar. Dengan perbuatannya itu, Abu Ayyub berjuang di pihak Ali karramallahu wajhahu, sampai Ali ra. mati syahid.

Abu Ayyub tetap ikut berjuang, tidak ketinggalan ikut bertempur bersama kaum muslimin lainnya sampai terjadi perang Konstantinopel. Ia menerjang barisan musuh hingga badannya penuh luka pedang dan merasakan bahawa ajalnya telah dekat. Ia berkata kepada orang-orang di sekitarnya: “Aku ingin jasadku dikubur di tengah medan pertempuran atau yang dekat dengannya, sehingga rohku bergerak di atas medan tempur, dan di akhirat nanti aku mendengar derap kaki kuda dan gemerincingnya pedang.”

Ia menginginkan kehidupan akhiratnya dalam keadaan berjihad sebagaimana semasa hidupnya di dunia. Pada saat keadaannya sudah kritikal. ia merasa sakit akibat luka. Ia masih bersemangat untuk mengibarkan bendera Islam dan mengharap agar memperoleh kemenangan.

Setelah ia meninggal dunia, kaum muslimin melaksanakan kehendaknya. Mereka menguburnya di dekat medan pertempuran agar jiwanya sentiasa dapat menghirup bau jihad dan bersenang-senang di alam akhirat kerana memperoleh pertolongan Allah.

[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya :-)

Hari ni dah last saya bekerja. Dan esok bermula la cuti panjang saya :)dan akan mula bertugas pada 29@30hb. Jadi kawan-kawan, jemput la datang beraya kat rumah saya. Pintu sentiasa terbuka buat teman2 yang amat disayangi :)

Jutaan kemaafan dipohon kepada semua yang mengenali saya jika ada salah dan silap secara sedar atau tidak. Sengaja atau tidak disengajakan :)


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN



~~~~~ ^_^ ~~~~~


Seronok sangat bila abg suka dengan pemberian saya. Tak sabar nak tengok abg pakai :D







[+/-] Selengkapnya...

Monday, September 14, 2009

Selamat... selamat...selamat....


Pejam celik, pejam celik rupanya kita dah pun berada di fasa terakhir di bulan Ramadan. Sungguh sekejap masa berlalu. Terasa masih terlalu naif diri ini dalam beribadah. Semoga Engkau menerima segala amal perbuatan kami Ya Allah...

Dan di fasa ini lah, ramai yang sibuk membuat persiapan untuk disajikan pada 1 Syawal nanti. Dan bagi yang duduk diperantauan, mereka dah mula packing barang dan dah ada yang dah balik ke kampung halaman. Saya? dua hari lagi uhu... sabo menanti deh :)


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TO ALL MY PREN

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TO ALL MY PREN

***** Roll*****

buat student saya, selamat hari raya aidilfitri. ampun maaf dipinta jika ada salah dan silap selama cikgu mengajar. buat yang terbaik utk trial spm ni. Study....study...study...

buat adik2 sayang, tunggu ye... 2 hari lagi kakakmu ni akan blk.

buat nenda, cucunda akan sampai di hari pertama cucunda menjejak kaki di terengganu.

buat teman2 di terengganu, tunggu aku di rumah nendaku ok... kita berbuka sama2 deh.

[+/-] Selengkapnya...

Thursday, August 27, 2009

Peluang yang terbentang luas


Tak disangka sudah tujuh hari kita dibulan ramadan. Tapi adakah kita sudah puas dgn amalan yang kita buat?

Terasa masih tidak cukup lagi.. Nak berbanding dengan dosa yang terjunjung dibahu. Terasa senget bahu yang memikul.

Apa lagi amalan yang tidak cukup itu? Cuba la kita singkap kerana peluang2 yang Allah berikan amat meluas terbentang.

Sama2lah kita meraih peluang yang Allah berikan. Kerana imbuhannya sangat bererti....

Kerana kita tidak pasti, adakah kita akan bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini :)

[+/-] Selengkapnya...

Friday, August 21, 2009

Ramadan kareem...



Salam ramadhan kareem buat semua umat islam. Tingkatkan ibadah kurangkan yang tak berfaedah. Bersungguh-sungguhlah dalam mengerjakannya agak ia tidak sia2...

Buat semua sahabat... Maafkan saya jika ada buat salah dan silap selama ini. Terkadang kita tidak sedar apa yang kita lakukan itu tidak digemari orang2 sekeliling.

Buat si dia tersayang, ampun maaf dipinta jika terkasar bahasa. tersilap cakap sehingga mengguris perasaan. Saya doakan kesejahteraan buatmu dan perolehi kejayaan di dunia dan akhirat. Salam ramadan kareem....

[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, August 19, 2009

Ramadan al-mubarak...


Tinggal sehari je lagi kita nak berpuasa. Tapi rasa macam takde apa2. Kat sini masih terasa bulan puasa jauh lagi. takde bena, takde apa2...

Dikampung, mesti dah meriah. Siap tunggu kat padang mak teh jah sebab nak tengok asap meriam yang diletupkan sambil mengira berapa kali berbunyi. Bila dah cukup bunyinya 7 kali, masing2 pun berteriak "yeiii esok pose..."Pastu mereka akan cari kawan2 nak diajak pergi terawih.

Surirumah pulak, duk sibuk berkira nak masak apa utk sahur nanti. Biasanya sahur pertama kami akan masak gulai ayam kampung. Petang tu berkejar la abg2 dan adik2 duk kejar ayam utk disembelih. nakal betul bila tgk gelagat mereka duk kejar ayam :) Sebenarnya semua tu adalah untuk menarik perhatian adik2 supaya berpuasa. Tapi alhamdulillah, adik2 dari darjah satu lagi mereka dah berpuasa walaupun tak cukup sebulan :)

Teringat kat arwah adik. Masa tu dia darjah satu ke dua, tak ingt dah. Masa tu dia baru nak belajar berpuasa. Hari pertama, masa tu tinggal setengah jam je lagi nak berbuka. Dia dah tak tahan sangat. Sampai pucat muka dia. Ayah suruh dia makan tapi dia tak nak. Alih2 dia tertido bawah meja makan kat dapur. Kesian sangat kat dia. Hari ke-2 ayah tak bg dia puasa, tapi dia nak puasa jgk. Dia ckp seronok dapat berpuasa sebab petang2 ayah bg duit. Boleh beli makanan byk2, mkn lepas berbuka nanti. Pastu dapat duit raya byk2 :)

Malam puasa plak, lepas blk je terawih. Riuh la kat kampung, budak2 duk main kejar2. kadang tu main sembunyi2. Meriah betul... Family pun tak bimbang bila budak2 main lepas abis terawih. Lagipun setiap rumah kat kampung akan buka lampu luar. jadi, halaman rumah mesti terang benderang. Jalan pun tak gelap. lagi seronok la mereka bermain :)

Lepas abis je terawih, kat masjid atau surau akan kedengaran orang mengaji sampai larut malam. Suara budak2 muda berselang seli dgn orang2 tua. Sungguh meriah sekali.

Tapi itu kat kampung, kat sini? saya pun tak tau. suram je rasa...

[+/-] Selengkapnya...

T.A.G 4



Ok, ini pun TAG dari budak kecik. Akak cuba jawab ye :)


1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
* Redha

2. Apakah benda akhir yang kamu beli dengan duit sendiri?
* Belanja sepupu makan sate dan minum carrot susu.

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
* Kat rumah Family, Insylh...

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
* Hubungan dengan Allah akan kekal selamanya....

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
* nak kata ada, mcm takde. nak kata takde mcm ada uhu... Bercinta dengan Allah & rasul-Nya lagi best

6. Di mana restoran akhir kamu makan malam?
* Syed Bistro, Sri Kembangan

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
* Wanita Solehah... tak ingt tajuknya uhu...

8. Nama penuh anda?
* Rosmaria bt. Mohamed

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau emak?
* Dua-dua. I love u mum, dad.SmileyCentral.com

10. Namakan seorang yang kamu ingin jumpa dalam hidup kamu?
* 1st, Rasulullah ( rindu sgt pada kekasih Allah Miss U) 2nd, nak jumpa dgn abg angkat saya yg terpisah 17thn. Dia seorang cikgu. Nama dia cikgu mushidi awang damik. berasal dari sarawak.

11. Sebutkan nama 8 sahabat yang rapat dengan kamu?
* Tak yah la sebut kerana semua adalah kawan saya :)

12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri?
* yup. Dah ada kudrat sendiri.

13. Tempat yang paling seronok yang kamu ingin pergi?
* Firdausi

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu..
* nama dia nadirah
* kenal dia kat konsert manis, ukm.
* kami panggil dia budak kecik. sebab dia paling muda dalam kalangan kami
* blajar kat upm
* hantu math nie ehe....

15. 8 perkara yang saya gilai..
* kucing!!! rindu pada putih SmileyCentral.com
* selain kucing, saya suka pada burung & ikan. Comelkan...
* Suka dengar nasyid. damai....
* suka budak2 kecik. cumell...
* Surf internet
* Counting - mmg pantang nampak number
* Cooking.. tpi tak la terror sgt pun :)

16. 8 buah buku yang paling baru di baca?
* Wanita solehah....
* Atas sejadah cinta ( tak tau yg ke berapa kali baca)
* 30 keistimewaan wanita ( hadiah dari abe :D)
* tak ingt dah yg lain uhu....

17. 8 lagu yang kamu boleh dengar berulang kali?
* Albi Nadak ( dengar berulang kali pun tak jemu uhu..)
* Allahurabbi by Inteam
* Harga Sekuntum Cinta by FE
* Arah & bilal bin rabah by All One
* Bilakan Damai by Hafiz Hamidun
* Menanti Di Barzakh by FE
* pergi tak kembali by Rabbani ( Al-Fatihah buat Arwah SmileyCentral.com)
* Mengemis Kasih bt Nazrey Johani feat FE

18. mari main TAG 8 orang lain.
* tak tag blh tak uhu...SmileyCentral.com

19.adkh kamu bersalam,cium tgn serta bg slm kpd ibu bapa kamu pabila ingin keluar ke mana2 atau nk msk tdooo????
* yup SmileyCentral.com

Wallahua'alam

[+/-] Selengkapnya...

T.A.G 3

salam wbt... Ini adalah TAG daripada ira. Terlupa plak nak buat.

peraturannya :-
A) People who have been tagged must write their answers in their blog.
B) Tag 8 people to do this quiz. (Those that are tagged cannot refuse.)
C) Continue this game by tagging 8 other people.

Tak tau nak TAG sape. So, takde orang sambung la ye :D


1.What have you been doing recently?
> koje.. koje... koje...

2.Do you ever turn your cell phone off?
> Bile bateri abeh

3.What happened at 10am today?
> Siapkan keje. masih byk lagi tak siap :(

4.When did you last cry?
> Bila teringatkan Arwah us. Asri. Ni pun rasa nak nangis :'( :'( :'(

5.Believe in fate/destiny?
> beriman pada qada' & qadar

6.What do you want in your life now?
> menjadi muslimah yang solehah dan mati syahid ( layakkah saya? :'( )

7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
> redah je...

8.What’s your favourite thing to do on the bed?
> teringat balik apa yang dah berlaku sebelum ini, insafkan diri, maafkan orang lain dan tido.

9.What is ur favourite clothes?
> Jubah ( comelkan bila muslimah pakai jubah )

10.What’s the nicest things in your inbox?
> benda2 yang menginsafkan kamek

11.Do you tend to make the relationship complicated?
>kadang takut nak ber couple tapi bila fikir umur, entah la...

12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
> ye kot...

13.What was the last movie you caught?
> Tengok cite skrip 0007. hampa...

14.What are you proud of?
> i luv islam

15.What does the oldest text msg in your inbox say?
> Kata2 hikmah

16.What was the last song you sang out loud?
> Albi Nadak (sedap sgt lagu ni) blh nyanyi sikit2 je. saya kan kurang pandai :)

17.Do you have any nicknames?
> Mana-mana forum, saya guna Rosma. itu nama depan saya. bukan rekaan atau nak glamour semata2. kat rumah panggil ma, maria, ya dan maya :)

18.What does the newest text say?
> my cousin gaduh dgn tunang dia. mlm ni nak p jumpa dia dan Aiman tertipu...

19.What time did you go to bed last night?
> Hampir pukul 2.00 am. Pukul 1.00 baru gerak balik dari rumah abe...

20.Are you currently happy?
> Insyaallah

21.Who gives you the best advise?
> 1st - my dad and my mum. 2nd- ust nabil dan abg wan. thanx a lot abg2 kesayangan atas nasihat yang diberi.

22.Do you eat whipped cream straight from the can?
> camne tu.. tak tau makcik

23.Who did you talk on the phone last night?
> Abg wan. Kiriman yang tak rasmi nak kena anto :(

24.Is something bugging you now?
> Rasanya takde kot dan kalau blh tak nak ada :)

25.Who was the last person to make you laugh?
> tak ingat la pulak sape :)


penat betul nak jawab soklan ni :) :) :) :) :) :) :)

[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, August 18, 2009

sepetang bersama :-)

video

Inilah lembu yang saya katakan tu... jinak sgt... (abaikan sore yang tak sodap tu ye ;-P)


video

ini pulak sepetang bersama adik2 dan sepupu sepapak :-D

[+/-] Selengkapnya...

Monday, August 17, 2009

Dua hari di kampung halaman...

Sungguh seronok dapat berjumpa dengan keluarga dan teman2. Terasa bagai tidak mahu pulang ke bandar kajang tetapi apakan daya, tuntutan kerja...

Sampai je kat bandar Kuala Terengganu, terus tel emak minta adik datang ambik. Kami tak terus pulang tetapi kami singgah warung mak sedara utk beli sarapan. Rindu sgt dengan masakan che ngah. Kebetulan nasi dagang dah habis jadi, kami beli nasi kuning.

Sampai rumah, bersalam dengan ayah dan mak. Kami makan sambil berborak. Ada je topik yang dibincangkan. Semua topik dibincangkan sehingga topik si dia pun ada. Aku hanya mampu tersenyum dan jawab, dia tak habis belajar lagi. Maybe sebelum raya dia balik ( tapi, betul ke? )

Petang tu mak ajak pergi kebun ambik buah. Smpai kebun, adik dah panjat pokok duku. Mak tanya 'bakpe dok panjak? tadi kate nok panjak." " abg panjak doh" uhu.... saya dan adik2 lain hanya kutip kat bawah je.

Lepas adik ambik cempedak, mak lak ambik pisang. Lepas kutip cempedak dan masukkan dalam guni, kami letak kat rumah rehat ayah. Masa tu datang anak lembu. Saya pun ckp, meh sini meh. dia nok ngorat. lembu tu kelip mata sebelah. kami gelak sakan. kelakar betul lembu ni. dia macam faham apa yang kami cakap. bila panggil dia datang dekat, tapi bila nak pegang dia mengundur ke belakang uhu...

Malam tu ayah ajak pergi rumah atok, nak hantar buah2 tadi. Kebetulan lak saya janji dengan sepupu nk p kedai makan kat depan, berborak2. Nak jumpa siang tak dapat, dia kerja. pukul 7 mlm baru blk.

Lepas p rumah atok, kami p kedai makan che wa. Kat situ saya suka makan bihun rebus dan air milo kosong letak kismis dan barli, sedappp...Masa lepak tu, datang sepupu lelaki, jang. Dia bercerita pasal masalah dia dgn tunang dia. Tu pun sebab kami yang beriya2 bertanya pasal bila nak langsung. Kesian kat dia. lepas tu datang acing, adik saya, piyah dan sa. Riuh la bila semua ada. Mula2 topik serius pasal H1N1. alih2 jadi topik kelakar.
Sakan kami bercerita dan mengusik. sampaikan jang dan piyah gelak keluar airmata. kelakar betul.

Esok tu just tolong mak jahit baju raya dan jaga anak2 sedara. Petang tu p lepak kat tempat biasa,kebetulan lak jumpa Aiman AN.dia blk sebab malam tu ada show kat kampung kami. Dia bagi CD kat saya dan mintak bagi satu keping lagi kat Azwan FE.

Malam tu terasa berat sgt nak blk kajang. Tambah atok cakap "tak sampai bulan pose doh ni". Tak sanggup rasanya nak pergi. Tapi nak buat macam mana herm...



[+/-] Selengkapnya...